Mama With Loves

Followers

Tuesday, September 6, 2011

Resepi Biskut Cornflakes

Bahan-bahan ( >100 biji )

  • 12oz Cornflakes
  • 12oz Oats
  • 6oz Brown Sugar
  • 12oz Butter
  • 6tbsn golden syrup (boleh juga diganti dengan madu)
  • Ceri sebagai hiasan
  • Paper cup

Cara-cara

  1. Seperti biasa, pukul mentega bersama-sama dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu atau golden syrup dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan Cornflakes dan Oats ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan campuran ke dalam paper cup.
  5. Letakkan ceri sebagai hiasan dan bakar pada suhu 180 degree sehingga kuning keemasan dan menyelarakan untuk dimakan.
~Mama With Love~ Fara Othman

Resepi Biskut Bunga Cina

Ni lagi resepi yang dalam list..hish tak sabarnye..

Bahan-bahan ( dalam 80 biji (bergantung pd cara tekan) )

  • 100gm mentega/marjerin
  • 90gm gula caster/halus
  • 1 biji telur (A)
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung ubi/kanji
  • ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara

  1. Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lg hingga kembang.
  2. Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
  3. Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
  4. Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
  5. Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
  6. Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
  7. Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai). Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya. Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
  8. ** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..


~Mama With Love~ Fara Othman

Resepi Biskut Mazola Klasik

Plan nak buat biskut ni..harap2 menjadi..harus lah cari resepi dulu senang nak refer..tulis kang tah mana2 letak tempat..sumebr MyResepi.com

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.



~Mama With Love~ Fara Othman

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

 ~Assalamualaikum & Salam Syawal untuk semua~

Syukur Alhamdulillah kami sekeluarga selamat pulang dan selamat kembali dari beraya di kampung halaman tercinta.  Sangat indah suasana pagi hari raya di kampung halaman sendiri..dikelilingi saudara2 tercinta.. :) keceriaan tersebut masih lagi terasa dan terbayang2..cuma satu shj. yang kurang..ketiadaan Arwah Ayah yang tersayang.. :(  (miss you so much)

1st day sampai dirumah di kedah 26/8/2011 (malam Jumaat)
Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar sebab anak2 tido sampailah di kedah, time sampai kt gurun arissa nangis nak duduk atas riba papa dia..manja la adik ni.. then tukar lah..mama drive papa pulak jaga anak :)..tak sampai 5 minit sume tido balik sampai lah kt rumah Tok di Jitra... :) syukur Alhamdulillah


nanti akan diupload gambar raya..cable camera lupe bawak da... zzzzzzz

~Mama With Love~ Fara Othman

Thursday, August 25, 2011

~Me today ~

Hi..

Tadi pegi Alamanda ngan Mr.hubby, hajatnya nak cari baju raya Tok Ayah n my kasut raya... tapi pegi kt butik Lyn & Clarks takde lak yang berkenan..huhu harus kah dlm perjalanan balik esok singgah MidValley dulu arghhhh..ke pakai je kasut buruk kesayangan saya ni..hehehe..

Tadi beli Baju untuk Tok Ayah....cantik n murah sebab ade less 50% tinggal RM75.00 sungguh cantik baju n good kualiti....tetiba nampak sepasang Baju Melayu yang sangat cute n cantik..hehe saiz baby...mmg lah saya tengah cari selama ni...YES3 banyak kali...terus beli..heeheh rega baju melayu baby same je dgn baju Tok Ayah..aiyook...haahah sekarang kan..hurm..

Task Malam ni:
1.Bakar Red velvet Cake utk Customer yg pickup esok..
2. Buat Macaron pon untuk customerpickup esok n utk order dari Jitra..


Lepas tu saya mau pulang ke Jitra... yeah..

tata dulu esok2 sambung laen...

 ~Mama With Love~ 
       Fara Othman

~Baby Fudhail & Kakak Arissa~ gambar terkini :)





 mama & papa sayang sangat anak-anak mama, semoga Allah S.W.T memurahkan rezeki kesihatan untuk kita sekeluarga AMin..

~Mama With Love~
Fara Othman

~Sepetang bersama kakak Zara ~





Saje ambik kakak awal time ni dari Taska..bawak dia naik ofis dulu sebab papa dia mcm biasa meeting kan hahaha, otw nak ke ofis tu lalu la kt garden depan ni..sempat la zara posing hehe love you sayang.. :)
~Mama With Love~ 
Fara Othman