Mama With Loves

Followers

Friday, October 12, 2012

PUREE PEAR

Sumber dari: Farenova.com TQVM

Buah pear. Ini kerana buah pear tinggi kandungan fiber, pottasium dan Vitamin C. Ia juga amat bagus bagi baby yang mengalami masalah sembelit.
Terus kepada cara membuatnya yang sangat mudah, mula-mula kita buangkan kulitnya dan potong dadu

Kemudian kukus buah pear yang telah dipotong tersebut selama 15 minit, atau bila dah dirasakan lembut.

Kemudian blend kan buah yang telah siap dikukus

Setelah siap diblend, nak serve terus pun boleh, nak tapis pun boleh. Saya tapis buah yang telah diblend ini kerana terdapat sedikit serat-serat buah yang kelihatan kasar untuk ditelan oleh baby saya yang baru beberapa hari diperkenalkan makanan solid.

Tadaa, dah siap puree pear ini. Teksturnya sedikit cair sebab saya terlebih tambahkan air dalam mangkuk steam itu. Tetapi hasilnya semasa bersahur baby saya telah poo poo dengan senangnya. Selamat mencuba. :)
 

~Mama With Love~ 
 Fara Othman

PUREE AVOCADO

 Sumber : resepi dan gambar dari blog farenova.com TQVM
 
 PUREE AVOCADO

Buah avocado 
Avocado dipilih kerana ia adalah makanan yang hampir lenkap dengan 14 mineral dan vitamin termasuklah vitamin A, B kompleks, C, K, dan E, fosforus, magnesium, asid folik dan serat. Cara membuatnya amat mudah. Setelah buah avocado dikopek, keluarkan isinya menggunakan sudu:
Avocado yang dikopek isinya
Setelah avocado dikopek isinya, terus blend dengan menggunakan hand blender. Sebenarnya boleh sahaja lenyek dengan garfu, tapi sebab nak cepat, maka hand blenderlah caranya (sebenarnya teruja nak guna hand blender :P ), blender biasa pun boleh, tapi leceh sikitlah.

Sesudah blend, saya tapis pula, ini kerana saya risau teksturnya belum cukup hancur untuk dimakan oleh baby saya.
Saya sedang menapis avocado yang telah diblend untuk tekstur yang lebih halus
Kemudian saya mencampurkan sediit EBM ke dalam avocado tersebut untuk menjadikannya lebih cair,
EBM

Tadaaa inilah hasilnya……
Nampak macam nestum kan?
 
~Mama With Love~ 
Fara Othman

Puree Kentang

sumber dari:  http://farenova.com

Puree Kentang

Di akhirnya nanti, ia akan menjadi seperti kentang lenyek/mashed potato ala-ala kfc  tu.
Ok, pertama sekali diperlukan sebiji kentang yang kecil sahaja.
Kentang
Kemudian buang kulit, potong dadu dan stimkan ia dalam masa 20 minit

Dah siap stim, blendkan kentang itu. Sebenarnya lenyek pakai garfu pun boleh, tapi hasilnya tak sama macam blend. Kalau blend ketang tersebut akan jadi macam creamy.. mmmmmm sedap.

Beginilah hasilnya bila dah siap tadaa!!………

Jika teksturnya sedikit likat campurkan dengan EBM untuk ‘extra creamy’, yummy!

saya copy resepi ni untuk persediaan baby baru, senang nanti time nak buat TQVM farenova.com :)
 
~Mama With Love~ 
 Fara Othman

Thursday, October 11, 2012

Monday, October 1, 2012

Gangnam

SO TRUE:
DARI DR. RIDHUAN TEE

Pengalaman berada di Brisbane Australia beberapa hari, menjadikan saya terfikir, apakah ini sebenarnya kehidupan? Apa sebenarnya kemahuan manusia? Pada mereka bahagia adalah dengan bekerja keras, mempunyai wang yang banyak dan kemudian membelanjakannya bagi tujuan hiburan dan berpeleseran pada waktu lapang. Kehidupan berkeluarga sudah tidak penting lagi.
Maka tidak hairanlah, bandar-bandar mereka agak sepi pada malam hari antara hari isnin dan jumaat. Malam-malam bandar ini kembali meriah pada hari sabtu dan ahad. Pada pandangan mereka, selepas penat bekerja, tibalah masanya untuk bergembira dan bersukaria tanpa batas. Mereka boleh melakukan apa sahaja, tanpa halangan, termasuk seks bebas, seks sesama jantina, minum arak, berjudi dan sebagainya. Hidup berkeluarga dianggap sesuatu yang menyusahkan dan menghalang keseronokan individu. Persoalannya, adakah ini yang diindekskan sebagai bahagia? Perlukah bandaraya kita hidup selama 24 jam mengalahkan barat?
Jika inilah indikatornya maka tidak hairanlah Malaysia menduduki tempat ke 51 daripada 156 negara yang dikaji oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Indeks ‘Kebahagiaan Sedunia’ yang dikeluarkan PBB di New York mungkin tidak sesuai untuk kita di sini.
Malaysia menduduki tangga kedua di Asia Tenggara selepas Singapura, dikatakan negara paling gembira di rantau itu. Negara maju Scandinavia seperti Denmark, Finland dan Norway menduduki tiga tempat teratas dalam senarai tersebut, yang paling bahagia di dunia. Indikator lain yang digunakan adalah kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap, ketiadaan amalan rasuah.
Di kalangan individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah faktor yang diambilkira.  Amerika Syarikat menduduki tangga ke-11, Jepun (44), China (111), Iran (84) dan Syria di tempat ke-106. Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat. Analisis ini ada yang boleh diterima, ada yang tidak.
Ramai sarjana dan agamawan (terutama Islam), bersetuju bahawa kesejahteraan dan kebahagiaan tidak terbatas kepada perasaan peribadi (subjective feelings) atau kegembiraan atau keseronokan (pleasure), walaupun unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan dari makna pengalaman tersebut. Kebahagiaan hakiki adalah pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap hakikat alam semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab yang baik (Wan Mohd Nor, 2011).  
Justeru, apa yang kita perlu fikirkan hari ini bukan budaya terlalu suka berhibur atau bergangnam, tetapi fikirkan keadaan bagaimana nak keluarkan manusia dari belenggu kemiskinan dan kehidupan yang terlalu menghimpit. Misalnya di Singapura, saiz negara ini begitu kecil, tetapi membina rumah pangsa (flat) dalam skala yang cukup selesa dengan tiga bilik, dalam keadaan ruang saiz tanahnya amat terhad, lengkap dengan kemudahan awam dan rekreasi. Manakala, kita pula, saya agak pelik, dengan tanah yang begitu luas, kita membina rumah (flat) begitu kecil sehingga masih ada flat satu bilik. Akibatnya, anak-anak tidak berasa selesa untuk berada di dalam rumah. Mereka lebih suka berpeleseran di luar rumah yang lebih bergangnam. Faktor kemiskinan, ditambah dengan tidak ada sokongan awam menjadikan keadaan lebih buruk.
Justeru, saya amat hairan, kenapa kita terlalu ghairah dengan gangnam dan kolaveri? Apakah Gangnam boleh mengenyangkan perut kita? Bila perut lapar kita akan cari nasi, bukannya Gangnam.


~Mama With Love~ Fara Othman

Monday, August 6, 2012

KEEP CALM :)

Assalamualaikum W.B.T

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor / Fatin Liayana

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Pstttt : SENTIASA BERDOA AGAR ALLAH S.W.T MELINDUNGI RUMAH TANGGAKU AMIN3.. :)
 





  



~Mama With Love~ 
 Fara Othman

Wednesday, August 1, 2012

~Special Ramadhan..TQVM ALLAH S.W.T~


 



Semoga kita tak tergolong dalam golongan yang lalai dan tidak diampuni oleh Allah S.W.T di bulan Ramadhan yang mulia ini.. AMIN AMIN AMIN.. Love Allah..
 
~Mama With Love~ 
Fara Othman