Ciptaan terbaru Amarika Syarikat hasil daripada ilham First Lady Michelle Obama.
Ilmu Ini Dikongsi dari Tuan Empunya memang lah sangat selim melim & cantik.. Cik fatin Liyana..TQVM:-
Kalau benda-benda baik gini, walaupun daripada Amarikalaknatullah, namun disebabkan ia adalah benda yang baik dan positive, maka kita disarankan agar mengikut. We are what we eat. Sesiapa yang ada kesedaran untuk makan secara sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya, maka anda boleh try portion yang disuggestkan oleh myplate ni. Berikut adalah sedikit tips daripada aku.
Cara-cara untuk mengaplikasikan myplate dalam kehidupan seharian.
- Sediakan otak yang mempunyai kebolehan berimiginasi dan satu pinggan makan yang kosong.
- Tenung pinggan dan buat garisan imiginasi seperti yang tertera pada gambar di atas.
- Berbekalkan nafsu makan yang minima, ambil lauk mengikut sukatan yang disarankan.
- Ingat sayur dan buah-buahan haruslah mewakili separuh daripada pinggan. Disebabkan perkara ini sukar dilakukan makanya aku letak ia sebagai point no 4, bukan sambungan daripada point no 3. Ya know, to stress out how important it is.
- Ingatlah sabda Rasulullah SAW "Berhenti sebelum kamu kenyang"
~Mama With Love~
Fara Othman