Mama With Loves

Followers

Wednesday, October 26, 2011

Majlis Cukur Jambul Anak Sedara Salina Saibi

 mama, fudhail n salina..cantik u macam anak dara je :)

 kiera (salina doter) with my loves :)
suka gambar ni.. :) tembam kan..jenuh la nak kena diet lepas ni..dah kembang habis.. sal..gulai kambing u sangat2 meletup tak puas makan..huhu nak makan bnyk lepas g umah u ade kenduri kahwin lak..huhu..teringat...hehehe..

~Mama With Love~
Fara Othman

Thursday, October 20, 2011

~With shiela rusly~

macam tak percaya pon ye cake MZC sekarang dah ade market dikalangan artis-artis kat K.L ni..rupanya dalam sedar tak sedar Emelda, datin uimie aida, siss shiela rusly..dah pernah makan cake MZC...tapi kali ni lain sikit ya sebabnya siss shiela pandai masak..memang berdebar habis time nak terima order dia...hehe tapi Alhamdulillah, dapat feedback yang amat memberangsangkan..siss shiela bagitau Red Velvet Cake yang paling sedap dia pernah makan setakat ni RV MZC..auchhhh..hehe kembang jgk la..:)

Dan baru-baru ni dapat sms dari siss shiela lagi untuk tempahan minggu hadapan.. syukur Alhamdulillah.. :)
mood sangat happy hehe
~Mama With Love~ Fara Othman

~Jln2 & Dinner Di Alamanda~

 hi..Tqvm papa belikan kakak Cd dinosours ni..seorang satu dengan adik :)

 Macam bestkan ready nak makan...hehe tetiba baru dua suap diorang tanak duduk kt situ nak pegi main adeh..kesian papa..hurm.kakak kakak..
 Ni Mama punya meal...sedap marveles...
 tgk muka puas hati nih sambil tangan kepit cd okey..hish kakak-kakak..hahah
 adik takmo amik gambar.. :p
 nak main sangat lepas makan bawak diorg main game kt situ ha puas hati..kah kah kah
~Mama With Love~ 
Fara Othman

Tuesday, October 18, 2011

Aqiqah Untuk Anak

@ Aqiqah Untuk Anak

Pengertian Aqiqah
Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Hukum Aqiqah
  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Sementara seekor lembu atau unta dibahagikan kepada 7 bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.
Waktu Disunatkan
  • Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Syarat Sah Aqiqah
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Perkara Sunat Semasa Aqiqah
  • Berdoa semasa hendak menyembelih.
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  • Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekah dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan dimasak terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.
  • Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.
  • Memasak daging aqiqah dengan cara lemak manis dan tidak pedas untuk dihidangkan kepada tetamu.
  • Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.
Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • Membiasakan berkorban bagi orang tua
Kenduri Aqiqah Ammar dilakukan di Jitra, Kedah. Masa tu Ibu still berpantang..sabar jelah..tak tahan tengok semua makan sedap2..Ibu makan sup Ikan Haruan dan ikan kering je..

Untuk Aqiqah Ammar, dua ekor kambing termasuk upah sembelih dan masak harga dalam 1k (ini harga di Kedah dan tak termasuk makanan yang lain-lain)..

Saya copy info dari blog BabyIbu.. Ilmu yang sangat berguna..TQVM :)


~Mama With Love~ Fara Othman

Wednesday, October 5, 2011

~Happy Hour~












 Disebabkan mama bosan nak menunggu papa yang habis meeting lewat..kitorang anak beranak pegi lepak dekat playground belakang taska baby fudhail..happy betol kakak Zara & Arissa..baby pon join jugak..pandai dah main kat playground anak mama ni..dah besar ye sayang..mama harap anak-anak mama nanti bila besar jadi insan yang berjaya cukup ilmu dunia & akhirat..akan mama n papa usahakan :) emo lak tetibe..hahahah okey jom upload gambar :)

~Mama With Love~ 
   Fara Othman

~Dating with papa~

Semalam jalan-jalan di Alamanda dengan En.Rozaimi...hahaha..tujuan sebenarnya nak beli kasut untuk pegi ofis.  masuk la dua tiga butik yang ada kat situ..hurm..sungguh la susah nak jumpa yang berkenan..last sekali beli kasut sembonia..rega tak mahal sangat dalam RM104.00 after less 20%..hurm..tapi memang amat mengecewakan lah tak sedap pakai..hish..dah nak kena beli kasut lain..sebab tu la saya sangat malas kalau beli kasut-kaust jenama gini...(bukan nak berlagak ya) sebabnya kaki + tumit sakit bila pakai kasut ni..haih..frust... takpe lepas ni mama baking cake untuk order hujung  minggu ni boleh la beli kasut baru nanti..:( wink3 ekekeke


okey lepas tu cari tempat nak lunch..memula nak minum je konon..papa cakap nak minum coconut shake aje..kekeke sekali mama suggest jom mkn steamboat Johnnys hehe..dia pon okey jom..haahah best jgk ler layan makan kan..lupa la kejap bab nak berdiet ke apa..hish mama mama mama..apa daaaaa...

lepas makan lalu le depan vincci.. singgah jap beli selipar rega RM45.00..rasanya cornfirm sedap pakai..kah kah kah..harga berpatutan.. :)

~Mama With Love~
Fara Othman

Tuesday, October 4, 2011

~Open House dirumah kak Maziah~

 Best betol kakak zara n arissa main kt pondok auntie maziah ni.. :) kakak bila suruh posing wahhh hehehe.. adik pulak hurm mcm biasa..sure tanak ekekek





 Baby fudhail tido sampai2..auntie bawak masuk dalam rumah...mama ngan papa makan.. :) ade lagi gambar malam nanti upload k..tak sempat lak sekarang :) hehe mau g dating dgn papa..ops..jap2 menu yang sangat mantap di rumah kak maziah, nasi tomato, ayam masak merah, daging masak hitam yang sangat sedap, puding, kambing golek..arghhh kitorang sampai lambat tak sempat huuhu sampai je org dah kemas..kekeke lambat sebab jenuh siapkan order utk pickup hari tu..hurm.. nanti sambung eh cau cin cau..kekeke


~Mama With Love~ Fara Othman