@ Aqiqah Untuk Anak
Pengertian AqiqahAqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
Hukum Aqiqah
- Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
- Anak lelaki disunatkan dua ekor kambing dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Sementara seekor lembu atau unta dibahagikan kepada 7 bahagian, dua bahagian bagi seorang anak lelaki dan satu bahagian bagi seorang anak perempuan.
Waktu Disunatkan
- Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.
Syarat Sah Aqiqah
- Berniat aqiqah ketika menyembelih.
- Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
- Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
- Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
- Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Perkara Sunat Semasa Aqiqah
- Berdoa semasa hendak menyembelih.
- Menyembelih ketika matahari sedang naik.
- Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekah dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan dimasak terlebih dahulu. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.
- Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.
- Memasak daging aqiqah dengan cara lemak manis dan tidak pedas untuk dihidangkan kepada tetamu.
- Sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.
Hikmah Aqiqah
- Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
- Menggalakkan amalan sedekah.
- Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
- Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
- Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
- Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
- Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
- Membiasakan berkorban bagi orang tua
Untuk Aqiqah Ammar, dua ekor kambing termasuk upah sembelih dan masak harga dalam 1k (ini harga di Kedah dan tak termasuk makanan yang lain-lain)..
Saya copy info dari blog BabyIbu.. Ilmu yang sangat berguna..TQVM :)
~Mama With Love~ Fara Othman
No comments:
Post a Comment